Profil Sekolah





LENCANA SEKOLAH
Lencana atau logo SMK Tulid mengandungi gabungan warna dan objek yang melambangkan kesungguhan dan ketrampilan sekolah yang terletak di kawasan pedalaman.Berikut merupakan maksud setiap elemen yang terdapat dalam logo sekolah SMK tulid.
Maksud Warna :
Biru:   Pandangan dan mentaliti global terhadap alam kehidupan. Keajaiban hidup yang luar biasa dalam keamanan dan keharmonian. warna biru juga melambangkan keceriaan dan keharmonian yang hendak dipupuk sejajar dengan konsep “sekolah  penyayang” dan seterusnya direalisasikan dalam masyarakat
Kuning:  Jiwa dan minda yang positif mengharungi kehidupan dan melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan yang hendak dicapai oleh sekolah sama ada dalam kegiatan kurikulum atau kokurikulumn.
Merah:  Semangat dan estetika jiwa pelajar dan guru-guru yang berjalan bersama menuju visi dan misi sekolah kearah kecemerlangan yang luar biasa serta sikap berani adalah sangat penting untuk berdikari tanpa mengharapkan ihsan daripada orang lain.
Putih:  melambangkan kesucian,amanah, keikhlasan yang menjadi wadah dan aspirasi sekolah
Maksud Objek:
Obor: Semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Pelajar dan guru sentiasa berusaha untuk menjadikan visi dan misi sekolah terlaksana.
Gunung Kinabalu: Melambangkan negeri Sabah.
Tiga Bulatan: Melambangkan perpaduan kaum yang sangat erat dikalangan pelajar-pelajar SMK Tulid dan masyarakat setempat.
Timbunan buku: Ilmu pengetahuan merupakan aset berharga yang boleh diperolehi dengan percuma daripada  pelbagai sumber sebagai panduan hidup yang  lebih sempurna.


Lagu Sekolah

" Indah Nian SekolahKu
SMK Tulid namanya
Tempat kami tekun berusaha
Ke arah negara jaya
Demi sekolah Ku yang tercinta
Kami semua rela berjuang
Saling padukan tenaga
Ke arah negara jaya "